Macam-macam pendapat saya lihat dalam website-website tempatan(kite fokus pada tempatan je okeh), ada yang berpendapat meja panjang sesuai untuk sesetengah percetakan dan meja “Spider/Press/Carousel” sesuai untuk sesetengah percetakan.okeh..bagi saya, meja apa pun tak kisah dan boleh digunakan untuk semua percetakan t-shirt..cuma mana yang lebih praktikal lah..saya pernah menggunakan meja panjang untuk mencetak menggunakan teknik plastisol,rubber dan discharge..untuk plastisol, takde masalah,rubber memang itulah yang biasa digunakan..”Discharge leceh sikit, tapi boleh jugak..Yang penting, anda harus tahu ape keperluan anda dan ape yang perlu digunakan untuk setiap teknik..kalau anda ade kedua2 jenis meja, lebih mudah..gune je mane2 yang anda rasa perlu
Saya juga pernah menggunakan meja Spider/press bagi percetakan rubber dye,waterbase..juga tiada masalah. Cuma elakkan penggunaan block/warna yang banyak, untuk mengelakkan block tersumbat. Dan juga sentiasa pastikan block ditutup dengan dye selepas pengeluaran setiap warna. Penggunaan cecair yang melambatkan pengeringan juga boleh membantu..tapi sebaik2nya, elakkan melebihi 3 block bagi penggunaan rubber dye…kerana setiap kali block menunggu untuk “turn”, ia akan melibatkan masa yang akan memekatkan dye..Penggunaan heater juga memberikan kesan pada tahap tempoh kepekatan atau mengakibatkan block tersumbat. Bila pengeringan pada setiap warna, ia akan mengakibatkan permukaan t-shirt menjadi panas, dan apabila block seterusnya dimasukkan, ia akan memindahkan haba tersebut pada permukaan block, dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada permukaan block tersebut, bergantung kepada tahap kepanasan. bagi penggunaan Plastisol atau discharge, ia bukan lah satu masalah, sebab anda boleh sentiasa menggunakan teknik Wet on Wet…tapi kalau anda menggunakan rubber dye, agak meletihkan jugak lah.
Kesimpulannya, gunalah teknik yang sesuai pada setiap jenis percetakan

