Salam semua…untuk mendapatkan cetakan halus yang kemas semasa mencetak di atas t-shirt, tidak semestinya bergantung kepada “block” yang kita gunakan..Cara kita mencetak juga penting disamping screen yang tegang.
Kadang-kadang kita akan dapati cetakan kita akan “bleed” ataupun comot semasa kita mencetak
Kebiasaannya saya akan jarakkan ruang diantara “block” dan t-shirt ataupun dipanggil “off contact”…kepekatan dye atau ink juga penting apabila menggunakan cara ni..jangan gunakan dye yg cair, kemungkinan akan jadi lebih teruk. Kebiasaan penggunaan “off contact” ni saya gunakan apabila menggunakan ink plastisol untuk mendapatkan hasil “softhand”. Saya juga menggunakan cara ni untuk rubber/ecosol dye jika cetakan tersebut halus seperti text-text yang kecil. Kepada yang selalu membuat cetakan process colour (CMYK,Simulated,index etc), cuba gunakan cara ini. Hasilnya amat memuaskan. Satu lagi, cuba gunakan mesh count yang halus sikit..Saya biase gunakan 90T = 2286..anda mgkin boleh mencube 2000 mesh count.. Selamat mencuba
